8/11/2011

Dendeng Paru Berdaun Kari.




Bahan-bahan:

500gm +- Paru (rebus & hiris kecil2).
Sedikit air asam jawa
Beberapa helai daun kari
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak 


Utk dikisar dgn sedikit air :

10 tangkai cili kering
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar


Cara memasak :

1) Rebus paru hingga lembut. Hiris nipis atau size mengikut citarasa masing-masing. Goreng sebentar paru atau hingga garing jika suka. Ketepikan dahulu.

2) Tumis bahan kisar hingga naik bau.... masukkan paru & gaul sebati. Campurkan air asam jawa. Tabur daun kari dlm masakan & gaul sebati utk dapatkan aroma wangi daun kari. Rasakan dgn garam & gula mengikut kesedapan masing-masing. Sentiasa gaul hingga kuah menjadi kering...tutup api & hidangkan dgn nasi.






Pembuka Kata.



Selamat datang ke blog masakan Eynda.

Resepi-resepi di dalam blog ni adalah hasil air tangan eynda sendiri....eynda masih belajar cara2 memasak yg betul.... masih banyak jenis masakan yg belum eynda pelajari... eynda wujudkan blog ini utk rujukan eynda di masa akan datang selain boleh berkongsi resepi atau tips dgn kawan-kawan... Eynda ambik keputusan utk asingkan resepi dari blog Eynda's Diary kerana minat eynda dalam bidang masakan walaupun tak terrer kan... jadi eynda nak sesuatu yg istimewa yg boleh eynda hargai...so terhasil lah blog masakan ni yg sebenarnyer secara tak dirancang terlebih awal :-)

Owwhhh ye... segala resepi baik dari eynda sendiri atau eynda ambil dari mana2 sumber akan eynda beri kredit... semestinyer bila dah eynda yg masak, bahan2nyer mungkin tidak akan serupa dgn sumber asal...

Dengan itu eynda merasmikan pembukaan blog Dapur Kecil Eynda...cewahhh *sambil potong reben*